Tuesday, 12 June 2012

Lebah oh tebuan....

Seperti biasa aku keluar dari rumah pada pukul 7.15 pagi dengan tergesa²  disebabkan aku tgk MHI (alasan je nie. haha..) dengan berbekalkan motor kesayangan aku Modenas Kriss 100 cc je... aku meluru laju bagai sebuah Superbike tanpa menghiraukan makcik jual kuih di tepi simpang jalan umah aku.

Apabila hampir sampai ke opis aku tiba² sekor Sang Lebah a.k.a Tebuan jantan telah 'menyengat' jari telunjuk aku. Apa lagi! aku terus membrekkkkkkkk................... tanpa memandang cermin sisi motor aku. Nasib baik takde keta kat belakang.. kalau tak, memang selamat la aku tadi. Tanpa membuang masa walaupun sesaat aku terus membuka seat motor aku. Cer teka? apa aku buat bila aku buka seat motor aku. ermm... mesti korang ingat aku nak ambik kain kan... Silap²... aku lantas mengambil minyak petrol dari Syarikat Petrol Nasional (PETRONAS la tu) yang ada dalam tangki motor terus aku letakkan pada tempat terkena sengat tadi. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T sehingga jam 11.30 pagi ketika aku menaip nie tangan aku beransur pulih sediakala...

p/s : petua letak minyak petrol pada tempat terkena sengat lebah aku dapat dari
        pendengar Radio Hot FM. Mujarab juga rupanya....




         Keturunan lebah ni la yang sengat aku. Aku nak gi keje dia pun nak gi jugak.....












9 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...