Monday 25 June 2012

Cara-cara nak tahu handphone ori

Jom check kualiti handphone korg!



 Nokia 3210





Mula² sekali type kat handphone korang *#06#
Lepas tu akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
Kemudian semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15
Phone serial no. x x x x x x ? ? x x x x x x x 
contoh : 351592 03 133183/8    * no IMEI adalah 03
 
... utk semak ori ke x handphone korang...mari kita tengok kat bawah nie:

02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY


Nokia 5110

 Hp Bentuk Kereta

Motorola

HTC

Samsung Galaxy S III




Tuesday 19 June 2012

Mael Lambung the Movie



 Mael Lambung the Movie


Sinopsis

Mael lambung merupakan seorang penarik kereta terkenal di kuala lumpur. Hidupnya mula berubah apabila bertemu dengan maria (juliana evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat. Tujuan penjahat tersebut memburu maria ialah kerana mereka mahukan mikrocip yang mana didalamnya penuh dengan maklumat tender projek kerajaan.

Usaha menyelamatkan diri membawa mereka ke terengganu yang juga kampung halaman mael. Di kampung, mael bertemu pula dengan rozie (shenthy feliziana), bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan tiger (taiyudin bakar). Konflik mula timbul apabila tiger tidak menyenangi kepulangan mael kerana cemburu dengan hubungan antara mael dan rozie dulu.

Penjahat yang memburu maria  itu akhirnya dapat menjejaki mereka di terengganu. Apakah yang akan berlaku selepas itu?
Barisan pelakon utama mael lambung : zizan raja lawak, juliana evans dan taiyudin bakar.





p/s: Tak sabar rasanya aku nak tunggu 21 Jun 2012 (Khamis). Bukannye ape, nak gi tengok citer abang Mael Lambung nie la. Aku tengok trailer dalam astro memang best. tu belum tengok full movie lagi ....

SIHIR



Perbuatan Sihir



Kali nie aku nak berkongsikan mengenai Sihir pulak dengan korang semua.Dalam masyarakat kita sekarang tak kira la bangsa apa pun semua orang pernah dengar mengenai Sihir atau dikenali juga sebagai Ilmu Hitam. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.Mungkin ada diantara kita yang tidak mempercayai Sihir. Tapi aku percaya sebab aku sendiri pernah tengok orang terkena sihir.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Antaranya keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir. 

Keris
Darah
Telur
Jarum
 Patung


JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
 
SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.


Keratan akbar




ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA   --> untuk maklumat lanjut korang boleh klik SINI

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.
3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.
Tanda-tanda Hinopsis:
  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.
4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA
Tanda-anda Sihir Gila:
  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.
5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA
Tanda-Tanda:
  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.
6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN
Tanda-tandanya:
  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?
Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.
7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
Tanda-tandanya:
  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.
Bagaimana Berlakunya Sihir ini?
Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.
8. SIHIR PENDARAHAN
Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan
Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.


9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN
Tanda-tandanya:
  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir ini
Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
  • Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
  • Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
SIHIR PUKAU
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.
PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
  • Hembusan asap rokok.
  • Tenungan mata.
  • Perbualan.
  • Minuman
  • Handphone (percakapan dan sms).
  • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.
PUNCA SIHIR:
  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.
MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah. 



p/s : Ya ALLAH jauhkan kami semua dari sebarang kesesatan dan kecelakaan. Amin....



Kacang Pool



                      


  
 
                                                                          Kacang Pool


Bahan-Bahan:

4 tin kacang foul (atau rendam kacang parang semalaman dan rebus hingga empuk - then kisar separuh kasar separuh halus - terpulang)

1 tin kecil minyak sapi



Bahan2 kisar:

1 sdm ketumbar - disangar

1/2 sdm jintan manis - disangar

1/4 sdm jintan putih - disangar

3 biji bawang besar

2 biji bawang putih

garam & gula secukup rasa


Taburan di atas kacang pool:

Bawang besar & tomato (potong dadu)

Lada hijau (dihiris)

Limau kasturi (dibelah dua)

Telur goreng mata lembu (make sure goreng ngan minyak sapi)


Cara Cara:

Panaskan minyak sapi di campur ngan sedikit minyak makan dlm periuk

Tumis bahan2 yg di kisar hingga naik bau.

Masukkan kacang parang yg sudah di mesin dan rasa garamnya dan tunggu hingga mendidih

Hidangkan dgn bahan2 taburan dan sedikit minyak sapi di atasnya dan beberapa keping roti perancis.
                               


p/s : Kacang Pool nie aku makan time aku bertugas di Mersing. Disebabkan sedap aku sertakan sekali resepi untuk korang try buat sendiri. Kalau dah buat jalan lupa bagi aku try test tau... selamat mencuba.

Friday 15 June 2012

Batuk


Mengapa kita batuk?

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.



Sebab-sebab batuk

-Alahan
-Asma
-Merokok
-Sejuk
-Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
-Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
-Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
-Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
-Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
-Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)


Cara Rawatan 

Kebanyakan batuk tidak berbahaya.

-Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.

-Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.

-Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.

-Berhenti merokok ( kepada perokok tegar tu, korang kena kurangkan merokok. kalau nak suruh   berhenti mesti tak boleh punya....)

-Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu

-Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.





Bila anda perlu berjumpa doktor?

-Batuk yang mengeluarkan darah

-Batuk berterusan lebih daripada dua minggu

-Semput / sesak nafas, sakit dada

-Demam yang berpanjangan




Pencegahan

-Amalkan tabiat kebersihan yang baik

-Minum banyak air (air kosong je tau, bukan air Coca-cola)

-Tangani tekanan dengan baik

-Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema

-Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok






Petua menghilangkan batuk

1. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

2. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

3. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

4. Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

5. Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh
memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau
nipis dan secamca minyak kayu putih.
Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah
pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi
dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga
seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.

6. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina
( orang cina panggil bo ho ) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama
lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan.
Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

7.Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-
kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan
makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

8. Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya
dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih bauk dicampur sedikit air tetapi
jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia
diminum setiap malam sebelum tidur. Insya- Allah, mujarab.

9. Ada jugak orang berpesan, kalau batuk... ambil kicap sesudu campur sedikit dengan asam limau lepas minum.





 p/s : tiba² je aku rasa nak batuk....adoiyai ....uhuk...uhuk...cough!#!@@%@^@#!!





.

Rahsia Pembikinan Filem

Tahukah korang? Mesti korang tak tau kan... nie aku nak bagitau. Kepada sapa² yang dah tau, buat² tak tau je la....(berapa banyak TAU da....) selama ini korang pernah tak membayangkan bagaimana sesebuah pembikinan filem itu dijalankan. Sebenar pergambaran ini tidak melibatkan pelakon yang ramai pada satu² masa. Teknik tipu helah atau 'trick' digunakan ketika pergambaran ini diadakan. Meraka akan menggunakan patung-patung yang akan di 'Make-up' berbagai fesyen. Jom kita tengok dulu......













p/s:  kalau korang ada ternampak aku dalam filem² orang putih lepas nie. Tu bukan aku ye...  aku cuma berlakon Filem Malayu je...hehe





Wednesday 13 June 2012

Dragon Boat

                                                                       Dragon Boat

Qu Yuan (339 SM - 277 SM) adalah seorang menteri negara Chu (Hanzi) di Zaman Negara-negara Berperang. Ia adalah seorang yang berbakat dan setia pada negaranya, banyak memberikan idea untuk memajukan negara Chu, bersatu dengan negara Qi untuk memerangi negara Qin . Namun sayang, ia dikritik oleh keluarga raja yang tidak senang padanya yang berakhir pada pengusirannya dari ibu kota negara Chu. Ia yang sedih kerana mengenangkan masa depan negara Chu kemudian membunuh diri dengan melompat ke sungai Miluo. Ini tercatat dalam buku sejarah Shi Ji.

Lalu menurut legenda, ia melompat ke sungai pada tanggal 5 bulan 5. Rakyat yang berasa sangat sedih lantas mencari-cari jenazah sang menteri di sungai tersebut. Mereka lalu melemparkan nasi dan makanan lain ke dalam sungai dengan maksud agar ikan dan udang dalam sungai tersebut tidak mengganggu jenazah sang menteri. Kemudian untuk menghindari makanan tersebut dari naga dalam sungai tersebut maka mereka membungkusnya dengan daun-daun yang kita kenal sebagai bakcang sekarang. Para nelayan yang mencari-cari jenazah sang menteri dengan berperahu akhirnya menjadi sangat cekal lalu menjadikan perlumbaan perahu naga sebagai acara tahunan.


                                                             Pelumbaan Dragon Boat


Pasukan di dalam bot naga klasik terdiri daripada 22 orang, yang mana 20 orang adalah pelumba, seorang pemain dram (seiring) dan seorang Jurupandu.Pelumba akan duduk berpasangan, sebelah menyebelah pada 10 baris kerusi, menghadap ke arah pergerakan bot.

Orang di hadapan perahu naga mempunyai peranan yang sangat penting, kerana mereka
berkayak dengan mengikut irama pemain drum. Pemain drum dan Jurupandu akan berdiri didalam perahu.

                                                                     Gendang




                                                                    Pendayung 

Pada masa kini, dengan lebih daripada 60,000 orang yang mengamalkan sukan ini, mentaliti telah berubah, terdapat banyak bangsa yang menceburi sukan ini. 

 

Sejarah Bermulannya Nombor Pendaftaran Kenderaan Malaysia

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.


Kenapa Perak bermula dengan A ?

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor


No plate Special

Proton: Issued for certain Proton cars.
Perodua: Issued for certain Perodua cars.
WAJA: Issued for Proton Waja cars.
Chancellor: Issued for Proton Chancellor cars.
Persona: Issued for Proton Persona cars.
Satria: Issued for Proton Satria cars.
Tiara: Issued for Proton Tiara cars.
Perdana: Issued for Proton Perdana cars.
LOTUS : Issued for Lotus cars.
KRISS: Issued for Modenas Kriss motorcycle.
Jaguh: Issued for Modenas Jaguh motorcycle.
NAZA: Issued for Naza vehicles.
SUKOM: Issued only during the 1998 Commonwealth Games, which was held in Kuala Lumpur at that year.
XIII NAM: Issued only during the 2003 NAM Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
X OIC: Issued only during the 2003 OIC Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
XI ASEAN: Issued only during the 2005 ASEAN Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
BAMbee: Issued only during the 2000 Thomas and Uber Cup which was held in Kuala Lumpur at that year.
XXX IDB: Issued to members and participants of the Islamic Development Bank conference.
G1M :  Gagasan 1 Malaysia 


Teksi pulak:
HA: Ipoh & Taiping in Perak
HB: Klang Valley, Selangor
HC: Kuantan, Mentakab & Temerloh in Pahang
HD: Kota Bharu, Kelantan
HJ: Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang & Kulaijaya in Johor
HK: Alor Star & Sungei Petani in Kedah
HL: Labuan
HM: Malacca
HN: Seremban, Negeri Sembilan
HP: Penang & Prai
HQ: Kuching, Miri, Sibu & Bintulu in Sarawak
HS: Kota Kinabalu, Sandakan & Tawau in Sabah
HT: Kuala Terengganu, Terengganu
HW: Kuala Lumpur


Nie antara gambar nombor pendaftaran yang unik terdapat di Malaysia


 






Tuesday 12 June 2012

Lebah oh tebuan....

Seperti biasa aku keluar dari rumah pada pukul 7.15 pagi dengan tergesa²  disebabkan aku tgk MHI (alasan je nie. haha..) dengan berbekalkan motor kesayangan aku Modenas Kriss 100 cc je... aku meluru laju bagai sebuah Superbike tanpa menghiraukan makcik jual kuih di tepi simpang jalan umah aku.

Apabila hampir sampai ke opis aku tiba² sekor Sang Lebah a.k.a Tebuan jantan telah 'menyengat' jari telunjuk aku. Apa lagi! aku terus membrekkkkkkkk................... tanpa memandang cermin sisi motor aku. Nasib baik takde keta kat belakang.. kalau tak, memang selamat la aku tadi. Tanpa membuang masa walaupun sesaat aku terus membuka seat motor aku. Cer teka? apa aku buat bila aku buka seat motor aku. ermm... mesti korang ingat aku nak ambik kain kan... Silap²... aku lantas mengambil minyak petrol dari Syarikat Petrol Nasional (PETRONAS la tu) yang ada dalam tangki motor terus aku letakkan pada tempat terkena sengat tadi. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T sehingga jam 11.30 pagi ketika aku menaip nie tangan aku beransur pulih sediakala...

p/s : petua letak minyak petrol pada tempat terkena sengat lebah aku dapat dari
        pendengar Radio Hot FM. Mujarab juga rupanya....




         Keturunan lebah ni la yang sengat aku. Aku nak gi keje dia pun nak gi jugak.....












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...