Qu Yuan (339 SM - 277 SM) adalah seorang menteri
negara Chu (Hanzi) di Zaman Negara-negara Berperang. Ia adalah seorang yang berbakat dan setia pada negaranya, banyak memberikan idea
untuk memajukan negara Chu, bersatu dengan negara Qi untuk memerangi
negara Qin . Namun sayang, ia dikritik oleh keluarga raja yang tidak
senang padanya yang berakhir pada pengusirannya dari ibu kota negara
Chu. Ia yang sedih kerana mengenangkan masa depan negara Chu kemudian membunuh diri dengan melompat ke sungai Miluo. Ini tercatat dalam
buku sejarah Shi Ji.
Lalu menurut legenda, ia melompat ke sungai pada tanggal 5 bulan 5.
Rakyat yang berasa sangat sedih lantas mencari-cari jenazah sang
menteri di sungai tersebut. Mereka lalu melemparkan nasi dan makanan
lain ke dalam sungai dengan maksud agar ikan dan udang dalam sungai
tersebut tidak mengganggu jenazah sang menteri. Kemudian untuk
menghindari makanan tersebut dari naga dalam sungai tersebut maka mereka
membungkusnya dengan daun-daun yang kita kenal sebagai bakcang
sekarang. Para nelayan yang mencari-cari jenazah sang menteri dengan
berperahu akhirnya menjadi sangat cekal lalu menjadikan perlumbaan perahu naga sebagai acara tahunan.
Pasukan di dalam bot naga klasik terdiri daripada 22 orang, yang mana 20 orang adalah pelumba, seorang pemain dram (seiring) dan seorang Jurupandu.Pelumba akan duduk berpasangan, sebelah menyebelah pada 10 baris kerusi, menghadap ke arah pergerakan bot.
Orang di hadapan perahu naga mempunyai peranan yang sangat penting, kerana mereka berkayak dengan mengikut irama pemain drum. Pemain drum dan Jurupandu akan berdiri didalam perahu.
Orang di hadapan perahu naga mempunyai peranan yang sangat penting, kerana mereka berkayak dengan mengikut irama pemain drum. Pemain drum dan Jurupandu akan berdiri didalam perahu.
Gendang
kai bile nak game dragon boat ni..
ReplyDeletedalam masa terdekat... nak join ker
ReplyDelete