Mengapa kita batuk?
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk
menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang
salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki
paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang
paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau
kahak.
Sebab-sebab batuk
-Alahan
-Asma
-Merokok
-Sejuk
-Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
-Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
-Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
-Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
-Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
-Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
Cara Rawatan
Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
-Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
-Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
-Cuba
kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan
gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
-Berhenti merokok (
kepada perokok tegar tu, korang kena kurangkan merokok. kalau nak suruh berhenti mesti tak boleh punya....)
-Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
-Penyediaan
ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat
batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan
suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang
kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
-Batuk yang mengeluarkan darah
-Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
-Semput / sesak nafas, sakit dada
-Demam yang berpanjangan
Pencegahan
-Amalkan tabiat kebersihan yang baik
-Minum banyak air (air kosong je tau, bukan air Coca-cola)
-Tangani tekanan dengan baik
-Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
-Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
Petua menghilangkan batuk
1. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
2. Rebus
beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan
secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum
airnya.
3. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis
untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan
selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
4. Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
5. Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh
memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau
nipis dan secamca minyak kayu putih.
Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah
pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi
dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga
seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.
6. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina
( orang cina panggil bo ho ) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama
lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan.
Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.
7.Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-
kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan
makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
8. Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya
dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih bauk dicampur sedikit air tetapi
jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia
diminum setiap malam sebelum tidur. Insya- Allah, mujarab.
9. Ada jugak orang berpesan, kalau batuk... ambil kicap sesudu campur sedikit dengan asam limau lepas minum.
p/s : tiba² je aku rasa nak batuk....adoiyai ....uhuk...uhuk...cough!#!@@%@^@#!!
.