Monday, 21 January 2013

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang



Lobi

        Hujung minggu lepas bersamaan 20 Januari 2013 aku berkesempatan pergi ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) yang terletak di Kuala Gandah, Pahang. Takde la jauh sangat perjalanan dari Kuala Lumpur ke sini. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam, tu pun disebabkan banyak sangat persinggahan. Lepas saja dari Bentong aku melalui susur keluar Lanchang untuk pergi ke Kuala gandah.






        Sampai je kat situ aku diminta mengisi borang masuk dan diberikan "sticker" sebagai syarat untuk masuk ke dalam dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung. Di pintu masuk terdapat langkah-langkah keselamatan kepada para pelawat.


Kaunter Pendaftaran
Pas Masuk
Langkah² Keselamtan



Aku pun mula la melangkah masuk ke dalam untuk bermanja dengan gajah² kat sini.. cewah...  Kat sini  terdapat 3 aktiviti yang boleh kita sertai antaranya memberi gajah makan, mandi bersama anak gajah dan juga menunggang gajah. Kalau kat Zoo kita hanya boleh tengok je gajah nie dari jauh... 


Aktiviti yang disediakan
Depan pintu masuk



         Tanpa membuang masa aku terus menuju ke kandang gajah untuk memberi makan. Makanan untuk gajah² ada dijual di sini antaranya pisang, tebu dan kacang. Kalau aku tau, awal² lagi aku beli pisang kat luar...hehe... Aku pun beli la seikat tebu yang telah dipotong kecil dgn harga RM3.00 seikat.   





          Bermula la aktiviti aku memberi gajah makan. Macam² ragam aku tengok cara orang sekeliling bagi makan. Mana taknye... geli beb... Belalai gajah terkena tangan kita. dah la kasar semacam...haha... Ramai gak pelancong asing yang datang sini aku tengok...

 



Tepat jam 2.00 petang gajah dimandikan dan dibersihkan oleh MAHOUT. Pelawat boleh melihat dengan lebih dekat gajah dewasa dimandikan di sungai berhampiran sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.   
  




PENERANGAN KONSERVASI GAJAH DI PENTAS INTERPRETASI
Selesai gajah dimandikan kami diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Berbagai aksi dan ragam gajah dapat dilihat. Kami diberi peluang sekali lagi untuk memberi makan gajah dewasa. Kali nie aku tak perlu membeli makan lagi, pihak pengurusan telah menyediakan dua bekas bekas berisi betik yang telah dipotong dua bahagian.














p/s : Mari la sama-sama kita memelihara dan menjaga flora dan fauna negara kita... cewah... Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang ini. Korang boleh KLIK sini....























1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...