Monday, 21 January 2013

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang



Lobi

        Hujung minggu lepas bersamaan 20 Januari 2013 aku berkesempatan pergi ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) yang terletak di Kuala Gandah, Pahang. Takde la jauh sangat perjalanan dari Kuala Lumpur ke sini. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam, tu pun disebabkan banyak sangat persinggahan. Lepas saja dari Bentong aku melalui susur keluar Lanchang untuk pergi ke Kuala gandah.






        Sampai je kat situ aku diminta mengisi borang masuk dan diberikan "sticker" sebagai syarat untuk masuk ke dalam dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung. Di pintu masuk terdapat langkah-langkah keselamatan kepada para pelawat.


Kaunter Pendaftaran
Pas Masuk
Langkah² Keselamtan



Aku pun mula la melangkah masuk ke dalam untuk bermanja dengan gajah² kat sini.. cewah...  Kat sini  terdapat 3 aktiviti yang boleh kita sertai antaranya memberi gajah makan, mandi bersama anak gajah dan juga menunggang gajah. Kalau kat Zoo kita hanya boleh tengok je gajah nie dari jauh... 


Aktiviti yang disediakan
Depan pintu masuk



         Tanpa membuang masa aku terus menuju ke kandang gajah untuk memberi makan. Makanan untuk gajah² ada dijual di sini antaranya pisang, tebu dan kacang. Kalau aku tau, awal² lagi aku beli pisang kat luar...hehe... Aku pun beli la seikat tebu yang telah dipotong kecil dgn harga RM3.00 seikat.   





          Bermula la aktiviti aku memberi gajah makan. Macam² ragam aku tengok cara orang sekeliling bagi makan. Mana taknye... geli beb... Belalai gajah terkena tangan kita. dah la kasar semacam...haha... Ramai gak pelancong asing yang datang sini aku tengok...

 



Tepat jam 2.00 petang gajah dimandikan dan dibersihkan oleh MAHOUT. Pelawat boleh melihat dengan lebih dekat gajah dewasa dimandikan di sungai berhampiran sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.   
  




PENERANGAN KONSERVASI GAJAH DI PENTAS INTERPRETASI
Selesai gajah dimandikan kami diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Berbagai aksi dan ragam gajah dapat dilihat. Kami diberi peluang sekali lagi untuk memberi makan gajah dewasa. Kali nie aku tak perlu membeli makan lagi, pihak pengurusan telah menyediakan dua bekas bekas berisi betik yang telah dipotong dua bahagian.














p/s : Mari la sama-sama kita memelihara dan menjaga flora dan fauna negara kita... cewah... Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang ini. Korang boleh KLIK sini....























Tuesday, 8 January 2013

Melompat


        
        Dah lama aku tak update blog nie... ada la dekat² setengah tahun. Nie disebabkan bebanan kerja yang banyak.Opss... mcm bz je kerja aku nie...haha. kali nie aku nak kongsi dgn korang kebaikkan melompat. Satu penyelidikan yang telah dijalankan di Oregan State University melibatkan kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun telah membuktikan bahawa melompat membantu dalam pembentukan tulang yang kuat. Dalam penyelidikan tersebut, kanak-kanak disuruh melompat dari ketinggian 2 kaki ke bawah sebanyak 200-300 kali seminggu selama 7 bulan. Hasilnya, kanak-kanak ini menunjukkan peningkatan ketumpatan tulang paha sebanyak 3-8%. Nak tunggu apa lagi? Jom kita mula melompat dari sekarang!

         Erm... baru korang tau kebaikkan melompat nie kan... ingat selama nie org saja² ke nak melompat. Nasib baik aku dah lama amalkan melompat nie.... tak caya ek... ce korang tgk gambar kat bawah nie. hehehee... Jap²~~ sebelum tu aku nak sertakan lirik lagu untuk korang hayati sebelum tgk aku melompat..


Lirik Lompat Si Katak Lompat :

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu di hari tua



Sintok, KEDAH



Pusat Mendayung Empangan Batu, Ulu Yam
Galeri Perdana, Pulau Langkawi
Pekan Rabu, Alor Setar Kedah

Coral Bay Resort, Pulau Pangkor
Add caption
Jetty Complex, Lumut
Teluk Panglima Garang, Banting


Suria Cherating Beach Resort
Menara Alor Setar
UTEM, Melaka
Teluk Cempedak, Kuantan
Empangan Kuala Kubu Bharu
Morib, Negeri Sembilan
Kellie's Castle Batu Gajah
Marina Island Lumut
Pulau Pangkor
Felcra Ramuan China
Bukit Jugra
Langat
Taman Kipas, Miri SARAWAK
Empangan Batu
Pantai Morib
Pantai Klebang Melaka
Dataran Air Keroh Melaka
KLCC
Hutan Lipur Serting Ulu, Negeri Sembilan
Teluk Kemang, Port Dickson
Pekan Mancis
Kuala Lumpur
Langkawi Cable Car
Dataran Putra, Putrajaya
Bukit Broga

Fraser's Hill


Benteng Kuantan
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi
Alamanda, Putrajaya
Bangunan pejabat aku
ARL Power Bowl, Alamanda
Istana Kuning, Alor Setar
Pandai Cenang, Pulau Langkawi
Geleri Perdana, Pulau Langkawi
Teluk Batik, Perak
Cherating, Pahang
Opis Aku
KLIA, SEPANG
UTEM, MELAKA
Stadium Bukit Jalil
Genting Highlands, PAHANG
CORAL ISLAND, PANGKOR
Seremban, Negeri Sembilan

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang
Air Terjun Chamang, Bentong Pahang




p/s : kalau korang nak lompat gak, segala risiko tanggung sendiri ye...huhu

        

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...